Pengguna
  • 7.4
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
  • Windows 10
Versi terbaru:
2.3.7.52612007-03-23
Muat turun bulan lepas:
13,017,616
Saiz:
31.61 MB
Pembangun:

Pemain media percuma yang hebat dengan kodek bina dalam

GOM Player ialah pemain video popular yang memainkan apa jua format yang anda boleh fikirkan.

Seperti UMPlayer, GOM Player ialah satu dari aplikasi yang hilang tanpa disedari tapi terbukti cemerlang bila anda meluangkan masa mencubanya. Ianya pemain video yang padat, mudah diguna serta membenarkan anda menikmati fail video dan telewayang dalam pelbagai format. Apa lagi, anda tidak akan berdepan dengan masalah kodek kerana GOM Player sudah memasukkannya – dan sekiranya belum, ia mencari kodek yang sesuai di atas talian secara automatik.

GOM Player mempamerkan antara muka bergaya dengan sokongan kulit dan beberapa ciri berkuasa: sokongan sari kata, pengurus kegemaran, sokongan senarai main, penggunaan tetikus dan kekunci pintas untuk banyak fungsi dan banyak lagi. Apa yang GOM Player terlepas pandang, sebagai contoh, ialah keupayaan untuk mengambil syot layar atau yang lebih penting, untuk meneruskan main semula di tempat anda tinggalkannya (sesuatu yang saya kerap gunakan).

GOM Player menawarkan pemasangan Palang Terapung Google semasa proses pemasangan tapi anda boleh sahaja menolak tawaran itu. Selain itu, ia sebuah pemain video hebat yang layak diuji... walaupun anda sudah ada pemain kegemaran.

GOM Player ialah pemain video yang menarik visualnya dengan ciri-ciri menakjubkan di mana, mengatasi yang lain, ia menyelesaikan apa jua masalah berkaitan kodek.

Bagus
  • Antara muka boleh diubah kulit
  • Kodek disertakan
  • Carian kodek lain sekiranya perlu
Tidak bagus
  • Memasukkan bar Google semasa pemasangan
  • Terlepas pandang beberapa ciri-ciri kecil yang ada dalam program lain

Muat turun: Paling Banyak Pelbagai format

  1. VLC media player

    Sememangnya pemain media pelbagai format terbaik

  2. Windows Media Player 11
  3. Free 3GP Video Converter
  4. KMPlayer
  5. RealTimes (with RealPlayer)